Wednesday, 5 March 2014

Layu dalam lubang

 Ketika melakukan aktiviti bersama isteri dan 'mendayung' keadaan zakar memang keras tetapi bila berhenti sekejap , zakar akan layu walaupun masih berada dalam faraj. Kenapa boleh terjadi sedemikian?


Darah dalam zakar anda kekal dalam liang otot zakar apabila pembuluh darah penuh dengan takungan darah dan menghalang darah tercicir keluar dan ini membuatkan ereksi anda kekal.

Selain itu otot pelvik atau otot kemut yang anda gunakan untuk memantapkan ereksi dan mendayung ereksi dalam faraj yang mencengkam itu juga mengawal darah dalam ereksi supaya kekal.

Namun dalam keadaan penat serta mendiamkan ereksi dalam faraj untuk seketika, ini akan membuatkan otot pelvik atau otot kemut kurang langsing kerana tiada daya dicengkam atau kurang kemut.

Oleh itu takungan darah yang padat dalam liang otot zakar tercicir keluar dan ereksi hilang. Ini yang berlaku kepada anda ketika tidak bergerak dalam faraj. Darah dalam otot zakar tercicir keluar dan ereksi anda menurun.

Ini boleh berlaku jika anda rasa letih dan tiada stamina untuk meneruskan gerakan zakar dalam faraj. Kadangkala memaksa diri melakukan seks dalam keadaan keletihan juga boleh mengakibatkan keadaan ini.

Jadi mustahak untuk lelaki mempunyai penuh perasaan teruja ketika ingin melakukan hubungan intim seksual.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...