Tuesday, 4 March 2014

Kulit Kepala Zakar sering terkoyak

Kenapakah kulit kepala zakar sering terkoyak. Tetapi lukanya akan baik keesokan harinya. Bila berlaku ketegangan pada zakar maka ia akan terkoyak semula.



Kenapakah boleh terjadi demikian ?

Kulit zakar jenis kulit nipis, licin, tanpa lapisan lemak dan mudah mengembang apabila zakar mengembang dan meluas. Jika kulit zakar menebal dan kurang licin, ia mudah merekah dan luka.

Ini berlaku apabila keadaan kulit berubah seperti kering dan menggerutu. Kadangkala tisu pengembang kulit zakar berkurangan dan mengambil masa untuk mengembang, tekanan kepada kulit boleh menyebabkan kulit merekah atau koyak.

Disyorkan anda menggunakan krim pelembap yang patut disapu kepada kulit zakar setiap kali selepas mandi untuk membuat kulit lembap supaya ia tidak merekah apabila anda melakukan persetubuhan.

Jangan guna minyak atau krim pelembap sebarangan. Ketika hubungan seks, guna air liur sebagai pelincir. Jika kulit zakar bahagian penghujung terlalu ketat, kulit itu perlu dilegakan dengan pembedahan plastik. Anda perlu diperiksa dokor untuk menentukan masalah itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...