Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Sunday, 7 September 2014

Pengakuan berani remaja hilang dara

Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.

 Gambar sekadar hiasan

Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.

“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.

Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.

“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.

Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa, kawan menjadi penyelamat.

“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.

“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.

“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.

Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.

“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 Disember lalu.

Hasil kajian melibatkan 2,800 responden berusia dari 15 hingga 25 tahun yang dijalankan pada 2013 dengan portal YouthSays.com menunjukkan 60 peratus remaja Malaysia hilang dara menjelang umur 18 tahun.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 peratus daripada mereka mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan lima kekasih.




12 punca lemah tenaga batin




Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masaalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.

12 penyebab lemah syahwat
1. Lemah disebabkan kurang hormon
o semakin tua semakin kurang hormon
2. Lemah disebabkan karenah suami isteri
3. Lemah disebabkan sarung (kondom)
o gelora seks berkurang kerana kurang rangsangan
4. Lemah disebabkan penyakit otak
5. Lemah disebabkan kuat berfikir
6. Lemah disebabkan kuat melancap
o nafsu syahwat menjadi lemah
7. Lemah disebabkan Rohani
8. Lemah disebabkan jijik (kotor)
9. Lemah disebabkan gagal bercinta
10. Lemah disebabkan kecewa
11. Lemaj pada malam pengantin
12. Lemah kerana takut
Lemah syahwat atau tenaga batain ialah ketidak sanggupan org lelaki melakukan persetubuhan dengan sempurna kerana zakarnya tidak cukup tegang atau langsung tidak tegang. Lemah syahwat ini merupakan suatu gejala yang paling membimbangkan dalam kehidupan berumahtangga.

Kajian telah menunjukkan 2.4 juta lelaki rakyat Malaysia menghadapi masalah lemah tenaga batin . Masalah utama yang di hadapi adalah kegagalan untuk bertahan lebih lama serta tahap ketegangan yang memuaskan.

Akibatnya , 60% wanita mengadu tidak dapat kepuasan seks sepenuhnya semasa "berlayar". Namun perasaan tersebut diketepikan demi menjaga hati pasangan.

Penis ini sebenarnya ia akan naik dan turun dengan semulajadi kerana itu sudah ciptaannya dan tidak perlu dicemari dengan bahan kimia yang tidak tahu dari mana unsulnya.Seks yang teratur juga boleh membantu rangsangan kerana ia terjadi apabila minda bergambung bersama perasaan dan terbentuklah perasaan yang bersama dengan nafsu.Tidak dinafikan ramai yang inginkan kebahagiaan didalam rumahtangga dan takut perkara yang tidak diingini berlaku hanya disebabkan ketidak puasan pasangan sesama sendiri.
Oleh itu tolenrasi juga penting didalam perhubungan intim suami isteri dengan mengabungkan usaha dan menolak sifat bosan serta letih.Sekiranya di awal rangsangan bersama dengan pasangan sudah nampak tidak berjaya untuk ke peringkat klimak atau terus layu (kendur) walaupun baru bermula, jangan sama sekali mewujudkan sifat berputus asa dan semaikanlah didalam usaha dengan perkataan CUBA, akan membantu lagi.
Lemah syahwat ini memang satu perkara yang menakutkan baik lelaki atau perempuan namun kalau pengurusannya dan kebajikannya dijaga dengan betul ia dapat dicegah daripada berlaku.Bagi wanita,sex nya bergantung kepada gerakkan suami memulakan langkah demi langkah kerana wanita mempunyai perasaan yang ingin di belai dengan manja berserta dihormati sebagai isteri barulah luahan rasa itu dapat bersemi.Elakkan dari pertelingkahan yang membuta tuli kerana ia akan membuatkan perasaan benci dan menolak rangsangan untuk bersama.
Sekiranya lelaki yang mengambil mudah tentang tenaga batin dan hanya melepaskan diri sendiri sahaja akan mengundang pemberontakkan dan akan membuatkan pasangan bosan,disitulah bermulanya tiada ransangan.Bila dah tiada rangsangan bermulalah terjadinya lemah syahwat hanya disebabkan perbuatan acuh tak acuh dalam hubungan intim.
Hakikatnya perkara ini terjadi atas dasar kesalahan diri sendiri yang pada mulanya sekadar ingin lepaskan batuk di tangga sehingga membuatkan pasangan disebelah menderita.Derita syahwat ini ada yang malu untuk diceritakan walaupun dengan pasangan sendiri kerana ini semua adalah perkara yang sensitif dan peribadi.Sifat bosan sering berlaku dalam perhubungan terutamanya wanita yang banyak kali kecundang disebabkan kurang keprihatinan suami yang hilang selepas selesaikan pancutan air mani dan isteri dibiarkan terpinga-pinga untuk mendapatkan belaian yang seterusnya bagi merasai bersama keindahan.
Namun belaian yang di ingini di balas dengan dengkuran kepuasan suami.Disini akan menganggu emosi si isteri dan akan mengundang sakit hati.Ada bidalan mengatakan sekiranya inginkan orang menghormati kita,kita perlu menghormati orang itu terlebih dahulu.Bila dah merajuk barulah termengah dan mencari jalan keluar sehingga sanggup menambahkan bebanan sampai membenarkan urutan tradisional menyentuh kemaluan sendiri namun gelombang yang indah bertukar kepahitan.

Friday, 5 September 2014

Ingin panjang usia ? Kurangkan aktiviti duduk


Mengurangkan waktu duduk dan lebih aktif bergerak bukan hanya membuat kita segar, malah juga mampu meningkatkan usia kerana DNA kita jadi lebih muda.


Makin banyak waktu yang dihabiskan untuk duduk, makin pendek panjang DNA yang disebut telomer.

Telomer berfungsi untuk melindungi hujung kromosom. Seiring usia, telomer akan terus memendek hingga batas tertentu. Pada batas maksimanya hingga telomer tidak mampu memendek lagi, maka sel akan mati.

"Data kami menunjukkan bahwa memanjangkan telomer adalah salah satu cara untuk meningkatkan kesihatan," kata Per Sjogren, profesor di Universiti Uppsala, Swedia.

Namun para peneliti masih berhati-hati terhadap kesimpulan penelitian ini kerana skala penelitian kecil.

"Telomer telah menarik banyak perhatian beberapa tahun ini. Alasannya, telomer terletak di hujung kromosom dan terbukti penting untuk replikasi DNA serta ketahanan sel. Ketertarikan untuk mengetahui apa telomer boleh buat pada kesihatan dan usia panjang seseorang ," ujar Sjorgren.

Telomer mencegah kromosom saling terpisah atau menyatu sehingga merosak kod genetik yang dibawanya. Namun, peneliti belum menemukan alasan pasti mengapa mengurangi posisi duduk dapat memperpanjang telomer. "Itu masih menjadi persoalan yang belum terjawab," katanya.

Dr David Katz, Pengarah Pusat kajian Pencegahan Universiti Yale, mengatakan, "Telah dibuktikan sejak lama bahawa semakin lama kita duduk setiap harinya, semakin berkurang pula sisa hidup kita. Orang yang hidupnya aktif cenderung berusia lebih panjang," katanya.

Menurut Katz, bukti-bukti kuat ini menunjukkan bahawa gaya hidup mempengaruhi gen dan panjang telomer. "Kajian ini melengkapi potongan informasi dengan menekankan bahwa terdapat hubungan antara pengurangan lama duduk dan pemanjangan telomer," katanya.

Kajian tersebut melibatkan 49 orang berusia 60 tahun ke atas yang jarang bersenam dan kelebihan berat badan. Peneliti mengambil sampel darah mereka dua kali dengan jarak enam bulan.

Para peserta telah lebih dahulu mengikuti kajian yang membahagi mereka antara tetap melakukan rutinnya dan mengikuti program latihan baru. Hasilnya, kegiatan senaman ternyata tidak berpengaruh pada panjang telomer, justru waktu duduklah yang paling ada kaitannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...