Wednesday 30 March 2011

Tsunami AF9

Tsunami AF9 kini dah bermula !

Sebuah rancangan realiti yang mendapat sambutan ramai !
AF9 kali ini dijangka kembali hebat dengan kemunculan semula ikon Akademi Fantasia
iaitu pengacara popular Aznil Hj. Nawawi atau mesra dipanggil Pak Nil.
Pak Nil dikatakan amat sinonom dengan AF.

Jangan lupa saksikan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9 secara langsung pada 2 April 2011, 9 malam di Astro Ria (104)

Siapakah Pengetua AF kali ini ?
Pengetua Akademi Fantasia 9 akan diumumkan dalam Konsert Tirai AF9 pada 2 April ini! 
Desas-desus mengatakan Amy Serach ....tapi kita nantikan 2 April ini !
Antara tenaga pengajar AF kali ini..


Adlin Aman Ramli
Guru Seni Lakonan


A.Aris abd Kadir
Guru seni tari

Fatimah Abu Bakar
Guru Bahasa  Inggeris dan Kaunselor


Ning Baizura
Guru Vokal Persembahan

Syafizawati Syarif
Guru Vokal Teknikal


Sekarang mari kita lihat pula muka-muka pelajar AF9 yang
akan menggegarkan Tsunami AF sekali lagi !

INFO AKADEMIK FANTASIA

Akademi Fantasia merupakan sebuah rancangan realiti nombor satu (1) di Malaysia. Para pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan.

Mereka ditempatkan di dalam akademi tanpa sebarang komunikasi dengan dunia luar. Sepanjang tempoh ini, mereka akan belajar pelbagai kemahiran bagi menyiapkan diri menjadi penghibur yang versatile termasuk kemahiran vokal, lakonan dan drama.

Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang berasal dari Mexico. Memulakan musim yang pertama pada tahun 2003 dan Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini.

Setelah lapan musim, sistem penjurian seratus peratus menerusi undian SMS penonton masih diteruskan untuk musim yang kesembilan ini. Elemen kejutan dan drama adalah segala-galanya dalam program paling popular di Astro Ria (Saluran 104) ini.


Siaran Langsung Konsert Akademi Fantasia 9 menampikan persembahan pelajar-pelajar AF9 dalam usaha untuk kekal ke minggu seterusnya.

Setiap minggu mereka akan diberikan lagu tugasan yang berbeza-beza dan mereka hendaklah menyampaikan lagu tersebut dengan baik. Diakhir konsert, akan berlaku penyingkiran kepada para pelajar. Konsert Akademi Fantasia 9 bakal menemui anda pada Sabtu, 2 April 2011, jam 9 malam. Eksklusif di Astro Ria(saluran 104)

KALENDAR KONSERT AKADEMIK FANTASIA KE 9

Minggu Tarikh Masa Saluran
Konsert Tirai 2nd April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 1 9th April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 2 16th April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 3 23rd April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 4 30th April’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 5 7th Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 6 14th Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 7 21st Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 8 28th Mei’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Minggu 9 4th Jun’11 9malam hingga 11malam Astro Ria
Konsert Akhir 11th Jun’11 9malam hingga 11malam Astro Ria



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...