Monday 28 March 2011

Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk

AWAS LELAKI !!!

Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk

GEORGE TOWN - Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.
Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari. Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.

"Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit.

Sumber : kosmo 16 mac 2011
PENGGUNA dinasihatkan lebih kerap menggunakan mod pembesar suara pada telefon bimbit untuk mengelak kesan langsung elektromagnetik.- Gambar hiasan


APA PULA KATA HARIAN METRO.....


GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan kaum lelaki berhati-hati ketika menggunakan telefon bimbit kerana berpotensi mengurangkan sperma lelaki sekaligus mengakibatkan mati pucuk.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, kajian mendapati pengguna yang membuat panggilan dari telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai jumlah sperma paling kurang dan paling rendah kualitinya.


Satu lagi kajian menunjukkan lelaki yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar juga menghadapi risiko kerosakan sperma,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kaedah penyimpanan dalam poket itu akan menghadapi pendedahan Frekuensi Radio (RF) lebih tinggi kerana antena biasanya berada di belakang dan hampir dengan badan.


“Doktor percaya kerosakan itu mungkin disebabkan radiasi elektromagnetik telefon bimbit atau haba dihasilkan,” katanya.


Katanya penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu lagi faktor menyumbang kepada penurunan sperma selain obesiti, merokok dan tekanan.

Sementara itu, katanya, pengeluar telefon bimbit sudah mengeluarkan amaran mengenai risiko penggunaan telefon bimbit terhadap kesihatan.


“Misalnya, syarikat Apple dalam buku panduannya memberi amaran kepada pengguna supaya menjauhkan iPhone dalam jarak sekurang-kurangnya 15 milimeter dari tubuh,” katanya.

Sehubungan itu, CAP menasihati orang ramai menggunakan ‘speakerphone’ supaya telefon berada dalam jarak 20 sentimeter daripada kepala.


Sebelum ini, CAP menggesa kerajaan melancarkan kempen untuk mendidik dan memberi peringatan kepada orang ramai mengenai bahaya pendedahan kepada radiasi akibat penggunaan telefon bimbit.


“Hasil kajian terkini Hospital Universiti di Orebro, Sweden menunjukkan penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun atau lebih boleh meningkatkan risiko tumor otak,” katanya.


Katanya, kajian yang diketuai Profesor Lennart Hardell itu menjelaskan ia berlaku memandangkan jarak otak yang hampir dengan antena radiasi dan berpotensi menyerap sejumlah tenaga elektromagnetik.


“Menurut kajian itu, bagi setiap tahun penggunaan telefon bimbit, tumor otak meningkat sebanyak lapan peratus dan selepas lebih 10 tahun, terdapat 280 peratus risiko tumor otak,” katanya.

1 comment:

  1. dah tak kesah lah dia orang nak apa ke nak terlanjur ke dan macam macam lagi kernah mereka bagai nak fedap di- buat kan kepada penesihat dari kenyataan sesiapa saja yang mencerita kan tentang i phone dan telipon bimbit dan berbagai bagai macam jenis produck berjenama yang serba maju dan canggih serta berteknoleji kemajuan membangun masa kini dan akan datang itu lah mereka pedulik apa nak takutkan kebeh lebeh lagi alam khiamat siapa pun mereka tak endah akan amaran yang di- ajukan tentang-nya bahaya pada manusia apa ada pada teknoleji itu ?.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...