Monday 28 March 2011

Haiwan Seks DIBURU

HAIWAN "SEKS" DI BURU

Kali ini rahsialakibini akan membicarakan tentang beberapa haiwan yang
dilindungi dikatakan mampu menguatkan tenaga seks.

Antara haiwan yang popular diburu di negara kita yang dikatakan mempunyai khasiat
mampu meningkatkan tenaga seks lelaki adalah daging tenggiling,biawak
dan ular sawa batik.

Selain haiwan diatas harimau juga diburu dan mendapat permintaan yang tinggi.
Dahulu dikatakan hanya masyarakat cina yang menggemari makanan eksotik ini tetapi
sekarang telah meluas ke dalam masyarakat India dan melayu !
Buaya juga dijadikan ubat untuk memulihkan tenaga batin.
Menu daging katak dimasak halia menjadi menu popular bagi penggemar katak yang mempunyai kepercayaan dapat menguatkan tenaga jantan.
Dan pelbagai lagi seperti darah ular,hempedu ular, makan lipan, labah-labah,kaki beruang,musang pulut,otak monyet,kucing batu dan lain-lain lagi.

Adakah haiwan yang dikatakan eksotik ini mampu menguatkan tenaga seks ?
Adakah terdapat kajian saintifik atau sekadar didorong dengan teori bahawa
ganasnya haiwan ini maka kelakuan seks penggemarnya juga turut 'ganas' diranjang ?
Walaupun dengan kemunculan pil kuat yang dihasilkan secara saintifik untuk menguatkan seks seperti Viagra,Cialis dan Levitra tapi masih tidak mampu mengatasi
perspepsi terhadap 'kekuatan' seks' yang dihasilkan oleh haiwan eksotik ini

Mungkin juga ada benarnya, sebab daging haiwan ini dakatakan 'panas' untuk
pengaliran darah kita dan menyebabkan saluran darah terutama dibahagian sulit lelaki
menjadi 'panas' dan membuatkannya 'kuat' !
Kuda Laut yang dikeringkan juga dikatakan mempunyai khasiat
untuk mengubati mati pucuk.

Kesan sampingan?
Kalau tidak banyak, sedikit pun pasti ada contohnya mengikut kepercayaan
cina sup sirip ikan yu mempunyai khasiat yang hebat. apabila dikaji secara saintifik
didapati sirip ini mengandungi beberapa asid yang agak membahayakan kesihatan.

Kasihan haiwan-haiwan ini yang terus menjadi buruan pemburu haram
ini dikatakan harganya yang agak tinggi dipasaran gelap.
Harganya boleh mencecah sehingga RM250 hingga RM300 sekilogram !

Bukan setakat untuk pasaran tempatan tapi telah diseludup juga ke China yang
mempunyai permintaan yang tinggi.Akibat pupusnya tenggiling di indonesia, Ular dari Vietnam dan Harimau dari Myanmar maka Hutan malaysia kini menjadi
tumpuan pemburu haram.

Awas kepada pemburu haram dan penjual pasaran gelap anda boleh disabitkan
dibawah Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang boleh membawa hukuman denda maksimun RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalah. Suspek juga boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 68 Akata Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

3 comments:

  1. goood...baik punyer

    ReplyDelete
  2. boleh saya taw tengkorak yg atas sekali tu tengkorak haiwan apa..

    ReplyDelete
  3. adoyaiiiiii,,,,apa la taste manusia zaman sekarang ni..Kalau nak kuat atas ranjang kenela rajen exercise..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...