Thursday 4 September 2014

Suami bernafsu ala-ala binatang

Seorang suami yang mempunyai nafsu binatang tergamak memaksa isterinya yang sedang sarat mengandung sembilan bulan melakukan hubungan seks dengan lelaki warga Bangladesh. Kejadian ini berlaku di Gombak.

Difahamkan suspek berusia 34 tahun itu melakukan perbuatan kejam berkenaan bagi mendapatkan keseronokan serta merangsang nafsunya sendiri.

 Gambar sekadar hiasan sahaja

Suspek akan menonton perbuatan zina itu sebelum menyetubuhi pula isterinya di rumahnya terletak di Kepong.

Sumber polis berkata, wanita malang itu yang berusia 26 tahun akhirnya bertindak melarikan diri jam 10.30 malam Ahad lalu sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu kelmarin.

Mangsa yang tidak mahu mengikut kehendak gila suaminya tekad melarikan diri ke rumah rakannya.

Berdasarkan keterangan diambil, mangsa mendakwa dipaksa beberapa kali oleh suami untuk melakukan perbuatan keji itu di rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, suami mangsa turut merakam video aksi hubungan seks isterinya dengan lelaki Bangladesh yang juga rakan suspek

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...