Thursday 13 February 2014

Menopause tidak mengganggu hubungan badan suami isteri

Wanita yang sudah berumur terutama yang dah menopause biasanya sukar untuk melakukan aktiviti seks berbanding wanita muda. Tetapi menurut satu kajian aktiviti seks tetap aktif bagi wanita yang dah berumur sekiranya mereka merasakan seks adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan berumahtangga.


Tanda-tanda menopause


Kajian para ahli di Ohio, Amerika Syarikat, melibatkan 354 wanita dengan jarak usia 40-an hingga 60-an tahun. Semua peserta mengaku masih aktif melakukan hubungan seksual saat kajian ini dimulai. Dalam tempoh empat tahun, setiap tahunnya peneliti selalu menanyakan status menopause dan kesihatan fiszk al peserta.

Pada tahun keempat, peserta ditanya secara spesifik soal fungsi seksual mereka, iaitu berapa kuat tahap ghairah seksual mereka, seberapa mudah atau sukar untuk mencapai orgasme, serta permasalahan menerima rangsangan dan kekeringan vagina, atau merasakan ngilu saat berhubungan.

Empat tahun berikutnya, 85 % peserta menyatakan bahawa mereka tetap aktif melakukan hubungan seksual. Kebanyakan dari mereka bertubuh lebih langsing dari rakan-rakannya, dan menjawab bahawa seks merupakan hal yang penting dalam kehidupan mereka.

Bila mana seseorang wanita merasakan seks adalah hal yang penting akan tetap melakukan hubungan seks hingga tua daripada mereka yang menganggap seks kurang atau tidak penting.

Khabar baik dari hasil kajian ini adalah ketika usia separuh umur se seorang wanita masih aktif secara seksual, maka dia memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk tetap aktif pada tahun-tahun berikutnya. Kajian tersebut menemukan, wanita yang mengaku tidak lagi berhubungan seksual biasanya akan mengeluh terjadinya gangguan fizikal sehingga sukar untuk melakukan hubungan seksual.

Penggunaan alat atau bahan yang dapat membantu dalam melakukan hubungan seksual, seperti pelincir (jelly) dapat membantu mengatasi masalah kekeringan sewaktu melakukan hubungan seks .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...