Thursday 23 January 2014

Fungsi Faraj

FARAJ (dari bahasa Arab, bermaksud "kembang", "diluaskan") ialah saluran tiub yang menuju dari uterus ke luar badan. Dalam percakapan biasa, istilah "faraj" sering digunakan untuk merujuk kepada puki atau genitalia perempuan amnya; sebenarnya faraj merupakan struktur dalaman yang khusus dan puki merupakan genitalia luar sahaja. Bibir-bibir dan bahagian-bahagian lain juga dianggap sebagai sebahagian faraj dalam penggunaan umum



Faraj manusia adalah sebuah saluran berotot elastik yang menganjur di dalam tubuh perempuan. Ia biasanya pendek sedikit dan lebih nipis dari saiz zakar lelaki sederhana, sekurang-kurangnya panjangnya 4 inci (100 mm) dan 1 inci (25 mm) pada garis (walaupun ada banyak perbezaannya pada individu dari wanita ke wanita) tetapi keanjalannya menyebabkan ia untuk dapat menerima zakar-zakar yang lebih besar. Ia menyambungkan vulva di luar ke pangkal rahim pada uterus di bahagian dalam. Kalau wanita itu berdiri tegak, tiub vagina tercacak ke atas dan ke belakang, serta membentuk suatu sudut yang lebih sedikit daripada 45 darjah dengan uterus. Lubang vagina ialah pada hujung belakang (kaudal) vulva, di belakang lubang uretra. Di atas faraj adalah Mons Veneris. Faraj, bersama-sama dengan bahagian dalam vulva, biasanya berwarna merah jambu yang serupa dengan semua membran mukus dalaman di dalam mamalia-mamalia. Panjang, lebar dan bentuk faraj boleh berlainan. Ketika seorang wanita beranak dan semasa persetubuhan, faraj melebar dan memanjang sebanyak 2-3 kali.

Fungsi faraj

Pada pandangan biologi, faraj mengerjakan fungsi-fungsi berikut:
1.Memberikan jalan aliran darah haid untuk meninggalkan badan.
Faraj memberikan laluan untuk haid keluar dari badan. Dalam masyarakat moden, tampon, cecawan haid, dan tuala wanita boleh digunakan untuk menyerap cecair ini.

2.Aktiviti seks

3.Melahirkan anak
Semasa melahirkan anak, faraj memberikan laluan untuk mengeluarkan fetus(bayi) daripada uterus(rahim) untuk hidup sendiri di luar badan ibunya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...