Thursday 23 January 2014

Bagaimana melayari malam pertama

MALAM PERTAMA adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan isteri selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.



Namun, perlu diingatkan kepada isteri supaya tidak perlu takut dengan pelayaran malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar.
Seseorang isteri juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.
Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan isteri perlu tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.
Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya terpancut.
Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan suami hendak mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan isteri perlu melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.
Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan isteri perlu melegakan kemut bagi membolehkan ereksi suami dapat terlepas daripada ?enahan? iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.
Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke dalam faraj.
Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila sudah mengenali sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka.
Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan suami boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.
Jika berasa seriau, pasangan suami akan mudah hilang kawalan dan perasaan rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.
Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan isteri. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan. Oleh itu sebaiknya perlulah biasakan foreplay dahulu sebelum memulakan langkah yang seterusnya.
Kebiasaannya untuk mengatasi suami pancut awal atau isteri puas dulu, anda boleh mencuba posisi seks yang berlainan. Setiap posisi seks yang berlainan memberikan kenikmatan yang berbeza-beza. Ada posisi yang melambatkan pancutan mani dan ada posisi yang mempercepatkan pancutan mani.
.Anda juga perlu bijak bermain posisi seks. Carilah posisi yang benar-benar melambatkan anda keluar air mani. Kebiasaannya posisi isteri di atas dan suami di bawah. Yang pasti kelebihan ada pada mereka yang pandai mengawal pancutan air mani kerana pelbagai posisi seks boleh dicuba sampai sakit pinggang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...