Kesan yang boleh terjadi jika terkena Asid ini
Seorang lelaki Jepun yang didakwa cuba membunuh seorang wanita dengan meletakkan racun pada kasut mangsa.
Wanita itu, rakan sekerja lelaki terbabit, tidak mati tetapi mengalami gangrene pada kaki kiri. Bagaimanapun, setakat ini tidak diketahui sama ada kaki itu perlu dipotong atau tidak.
Polis mendakwa Tatsujiro Fukasawa, 40, meletakkan asid hidrofluoric, bahan kimia berbahaya di dalam kasut mangsa Disember lalu. Dia dipercayai memperoleh bahan kimia itu yang digunakan dalam penapisan minyak atau untuk menghancurkan batu, di tempat kerjanya.
Asid hidrofluoric boleh meresap menerusi kulit ke dalam darah dan menyebabkan kegagalan fungsi sistem, termasuk serangan sakit jantung.
No comments:
Post a Comment