Tuesday, 26 March 2013

Beli baju kecik supaya nampak kurus

Satu tinjauan mendapati ramai wanita Britain membazirkan wang berbilion-bilion dolar dengan membeli pakaian lebih kecil berbanding ukuran badan mereka, lapor sebuah akhbar.




Tinjauan kelolaan peruncit ubat-ubatan tempatan, Lloydspharmacy, menunjukkan fenomena tersebut sudah lama berlaku dan melibatkan sejumlah besar wanita Britain. Menurut tinjauan berkenaan, pakaian saiz kecil itu sebaliknya dijadikan inspirasi untuk mereka menguruskan badan dan berharap dapat memakainya suatu hari nanti. 




 Tinjauan yang dilakukan baru-baru ini itu melibatkan 2,500 responden di negara berkenaan. Ia menyatakan sekurang-kurangnya empat daripada lima wanita Britain melakukan pembelian membazir tersebut. Menurut perangkaannya, wanita Britain membelanjakan purata AS$5.6 bilion (RM19.9 bilion) setahun untuk berbuat demikian. Jumlah itu melibatkan kira-kira 24 juta blaus, skirt, dres dan kasut yang dibeli tetapi akhirnya disimpan dalam almari mereka

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...