Satu tinjauan mendapati ramai wanita Britain membazirkan
wang berbilion-bilion dolar dengan membeli pakaian lebih kecil
berbanding ukuran badan mereka, lapor sebuah akhbar.
Tinjauan kelolaan peruncit ubat-ubatan tempatan, Lloydspharmacy,
menunjukkan fenomena tersebut sudah lama berlaku dan melibatkan
sejumlah besar wanita Britain.
Menurut tinjauan berkenaan, pakaian saiz kecil itu sebaliknya
dijadikan inspirasi untuk mereka menguruskan badan dan berharap dapat
memakainya suatu hari nanti.
Tinjauan yang dilakukan baru-baru ini itu melibatkan 2,500 responden di negara berkenaan.
Ia menyatakan sekurang-kurangnya empat daripada lima wanita Britain melakukan pembelian membazir tersebut.
Menurut perangkaannya, wanita Britain membelanjakan purata AS$5.6 bilion (RM19.9 bilion) setahun untuk berbuat demikian.
Jumlah itu melibatkan kira-kira 24 juta blaus, skirt, dres dan kasut
yang dibeli tetapi akhirnya disimpan dalam almari mereka
No comments:
Post a Comment