Monday, 3 March 2014
Sakit kepala kalau tak dapat nafkah batin
Betulkah apa yang sering diperkatakan orang, lelaki bila tak dapat seks atau isteri menolak hubungan badan maka si lelaki akan mengalami sakit kepala.
Munculnya dorongan seksual (ghairah seksual) menimbulkan berbagai perubahan fizikal dan psikologi. Pada suami, misalnya terjadinya ereksi zakar, sedangkan pada perempuan, terjadi perlendiran pada vagina.
Kalau hubungan seksual tidak dilakukan, maka perubahan yang terjadi antara lain seperti di atas, tidak segera hilang dan kembali ke keadaan semula.
Dalam waktu tersebut, kadang-kadang terasa ada keluhan misalnya sakit kepala, seperti yang biasa dirasakan.
Perempuan normal sebenarnya juga mempunyai ghairah seksual yang normal, sama seperti pada lelaki. Tetapi, kalau perempuan tidak pernah atau jarang sekali mengalami orgasme, salah satu akibatnya ialah ghairah seksualnya menjadi hilang.
Biasanya kita dengar wanita mengelak persetubuhan kerana ‘sakit kepala’, tapi kali ini lelaki pula alami masalah itu.
Jadi sebelum si isteri naik angin kerana suami tak mahu melakukan hubungan seks kerana takut sakit kepala, dia perlu tahu yang perkara ini, walaupun jarang berlaku kepada lelaki, tetap boleh berlaku dan perlu dirujuk kepada doktor sebelum lebih mudarat.
Pening kepala ketika dalam klimaks ada kaitan dengan tekanan yang berlaku kepada badan itu akibat usaha dan daya badan ketika individu itu bersetubuh.
Mungkin melegakan tekanan badan ketika bersetubuh dapat mengurangkan berlaku pening kepala atau sekurang-kurangnya dapat meringankan kesakitan pening kepala ketika klimaks.
Kajian mendapati proses sebelum klimaks yang berlaku ketika lelaki bersetubuh seperti peningkatan tekanan darah, peningkatan pernafasan dan degupan jantung mengakibatkan urat saraf menghasilkan kimia yang boleh menyebabkan saluran darah di otak berjalan lancar ketika klimaks.
Ini sedikit sebanyak memberi perasaan pening kepala yang biasa dikenali sebagai ‘klimaks cephalalgia’ itu. Untuk permulaan, disyorkan lelaki itu amalkan gaya hidup sihat, henti merokok dan lakukan senaman berkala.
Dalam keadaan badan sihat dan tegap, daya dan usaha badan berlaku dengan senang dan tenang.
Ketika melakukan seks, digalak melakukannya dengan pergerakan perlahan dan mencapai klimaks yang sederhana serta boleh makan ubat penahan sakit seperti panadol sejam sebelum bersetubuh dan jika ini tidak berkesan, dia boleh jumpa doktor untuk rawatan lebih berkesan.
Mana tahu jika anda dapat bersabar dan teruskan menghayati nikmat seks yang Tuhan beri kepada anda, fenomena ini akan hilang secara tiba tiba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment