Monday, 4 April 2011

Lembu hasilkan susu manusia



Sekumpulan saintis dari China telah berjaya menggunakan teknologi genetik untuk menghasilkan lembu betina yang mengeluarkan susu 'badan manusia'. Saintis-saintis itu memasukkan gen manusia ke dalam embrio lembu susu bagi tujuan tersebut.

Setakat ini sebanyak 300 ekor lembu berkeupayaan mengeluarkan susu modifikasi tersebut yang mengandungi protein manusia dinamakan Lisozim bagi melindungi bayi daripada jangkitan bakteria.

Menurut Profesor Ning Li dari Universiti Pertanian China, susu modifikasi tersebut selamat diminum seperti susu lembu normal.

Dalam tempoh 10 tahun lagi orang ramai akan dapat membeli susu modifikasi ini di pasar-pasar raya.


KEBAIKAN SUSU IBU SEJATI


Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.

Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.

Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.

Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula.

Penyusuan Susu Ibu


Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi

* ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
* mudah hadam
* sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
* bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi

* kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
* mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)

* mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
* membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
* mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
* mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
* penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan

* sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
* ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
* rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
* bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

* susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
* susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
* bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
* susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
* makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
* teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...