Timbalan Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata,
tarian poco2 masih boleh diamalkan oleh rakyat negara kita selagi ia tidak mengandungi unsur
kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Beliau berkata lagi, pengharaman tarian itu hanya berkuatkuasa di Perak sahaja dan
tidak pada negeri2 lain. Dan isu ini bersifat kenegerian....mungkin terdapat
keperluan di Perak yang menyebabkan Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria
membincangkan isu poco2 ini di peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan
memutuskan tarian berkenaan sebagai haram di Perak.
Menurut Mashitah lagi, tarian Poco2 disetiap negeri adalah berbeza dari
segi pergerakan dan lagunya dan berkemungkinan isu itu timbul di Perak kerana
tarian Poco2 di Perak tidak sama dengan tempat lain.
Katan Dr. Mahsitah lagi, jika tarian Poco2 ditempat lain mengandungi
unsur2 kepercayaan agama lain, maka kerajaan negeri berhak
mengeluarkan fatwa berkenaan.
Mufti Perak,Tan Sri Harussani berkata , isu pengharaman poco2
tidak harus disensasikan atau dipertikaikan kerana
ia diputuskan selepas kajian terperinci dilakukan.
"Walaupun ramai yang tidak bersetuju dan menghentam saya,
namun perkara haram tetap haram.Kita bukan senang-senang
keluarkan sesuatu fatwa", katanya.
Harussani berkata lagi, umat islam diminta menggantikan
tarian Poco-Poco dengan tarian yang berakar umbi kebudayaan Melayu
seperti Zapin dan joget, tanpa mencampurkan lelaki dan perempuan.
No comments:
Post a Comment