Friday, 29 March 2013

Cara baru meracun orang

Macam-macam cara orang gunakan untuk meracun seseorang, biasanya yang kita dengan adalah melalui makanan atau minuman. Lain pulak  yang berlaku pada satu kes ini di jepun. Racun jenis  asid hidrofluoric telah diletakkan pada kasut mangsanya.

 Kesan yang boleh terjadi jika terkena Asid ini


Seorang lelaki Jepun yang didakwa cuba membunuh seorang wanita dengan meletakkan racun pada kasut mangsa. 

Wanita itu, rakan sekerja lelaki terbabit, tidak mati tetapi mengalami gangrene pada kaki kiri. Bagaimanapun, setakat ini tidak diketahui sama ada kaki itu perlu dipotong atau tidak.

 Polis mendakwa Tatsujiro Fukasawa, 40, meletakkan asid hidrofluoric, bahan kimia berbahaya di dalam kasut mangsa Disember lalu. Dia dipercayai memperoleh bahan kimia itu yang digunakan dalam penapisan minyak atau untuk menghancurkan batu, di tempat kerjanya. 

Asid hidrofluoric boleh meresap menerusi kulit ke dalam darah dan menyebabkan kegagalan fungsi sistem, termasuk serangan sakit jantung.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...