Saturday 2 April 2011

KPN sah video seks tulen

Ketua Polis Negara mengesahkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen berdasarkan siasatan kumpulan penyiasat tempatan yang ditubuhkan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pasukan khas itu ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk menyiasat dan mengkaji rakaman video berkenaan bagi mengetahui ketulenannya.

“Pasukan penyiasat itu memaklumkan siasatan video terbabit berada pada tahap terakhir dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit.

Sebelum ini, akhbar melaporkan video seks dikaitkan dengan Anwar itu ditayangkan kepada wartawan dan pengarang media di sebuah bilik di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

“Setakat ini tiga individu ditahan berhubung video seks terbabit, tetapi dilepaskan atas jaminan polis,” katanya.

Klip video hitam putih selama 23 minit itu menunjukkan lelaki didakwa seorang pemimpin pembangkang yang juga Ahli Parlimen sedang melakukan pelbagai aksi seks dengan wanita berkulit cerah dipercayai pelacur luar negara.
sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...