Terdapat suami yang suka melakukan aktiviti seksual ‘ganas’ seperti seks oral yang ganas dan sebagainya.
Anggota sulit mengandungi tisu lembut dan sensitif. Ia perlu dikendalikan secara cermat ketika merangsang anggota berkenaan.
Justeru, secara logik, anggota sulit lelaki dan wanita dibentuk untuk digunakan bersama dalam hubungan seksual.
Bagi onani, menggunakan kekerasan kepada anggota sulit boleh mengakibatkan ia mengalami kecederaan dan kehilangan fungsinya seperti daya sensitiviti.
Sudah tentu ini akan memberi kesan negatif kepada hubungan seksual jangka panjang di kemudian hari.
Sehubungan itu, jika hendak merangsang anggota sulit, sama ada secara sendiri atau dilakukan pasangan untuk mengecapi keseronokan seksual, perlu dilakukan secara lembut dengan bantuan bahan pelicin. Antaranya jeli pelicin mesra anggota sulit.
Seks oral yang membabitkan penggunaan lidah, mulut dan bibir untuk merangsang anggota sulit perlu dilakukan secara cermat. Berikutan mulut mengandungi banyak kuman, rangsangan yang dilakukan kepada anggota sulit perlu dilakukan tanpa memberi kecederaan.
Jangan sampai anggota itu tergigit kerana ini boleh mengakibatkan anggota yang tercedera itu terdedah kepada jangkitan.
Jika anda dan suami gemar cara seks oral dan peka dengan penjagaan kebersihan, tiada sebab kenapa anda dan suami tidak boleh melakukannya.
Untuk makluman anda, seks oral ditakrif sebagai seks luar tabie dan jika tertangkap boleh dihukum mengikut undang-undang. Mengikut pandangan Islam pula, boleh dilakukan dalam konteks perkahwinan dan kerelaan kedua-dua pasangan.
No comments:
Post a Comment