Sunday, 9 February 2014

Sikap isteri punca suami tidak bernafsu

Lazimnya, masyarakat mengetahui bahawa masalah seks lelaki hanya berkaitan mati pucuk atau ejakulasi pra matang. Disebabkan perkara sebeginilah maka keinginan untuk bersama menurun hingga mengecewakan perasaan isteri.



Bagaimanapun, tidak ramai yang menyedari bahawa masalah seksual lelaki bukan kerana faktor itu saja bahkan turut disumbangkan oleh sikap isteri sendiri. Ada suami tiba-tiba hilang ghairah ketika klimaks lantaran respons yang diberikan isteri kurang menyenangkan. Selain itu ada beberapa lagi sikap isteri yang tanpa disedari membuatkan suami putus nafsu.

Sering Penat Bila Diajak Bersama
Isteri mudah berasa letih berbanding suami. Jika mereka bekerja, bebanan tugas di pejabat membuatkan keinginan untuk bersama berkurangan. Bila diajak bersama, isteri mula menunjukkan reaksi bosan dan bersikap pasif ketika aktiviti berlangsung.

Perkara sebeginilah yang membunuh nafsu suami. Sebaiknya ketepikanlah perasaan tersebut kerana bukan setiap hari anda perlu melakukan hubungan seks. Malah dikatakan seks berupaya mengurangkan tekanan selain menyihatkan tubuh badan. Ingat, perkahwinan adalah proses lengkap-melengkapi seterusnya menjaga antara satu sama lain dan bukannya memikirkan tentang diri sendiri.

Mengkritik Suami
Ada sahaja yang tak kena bila hubungan baru hendak bermula. Janggut tak cukur bersih, kuku tajam, badan berbau dan macam-macam alasan lagi. Semuanya menyakitkan hati. Mungkin ia sekadar gurauan tetapi bagi suami ia sudah cukup merosakkan mood di kala itu. Bukan tidak boleh merungut tetapi itu bukanlah masa yang tepat. Mungkin ketika suami sedang berehat menonton televisyen atau membaca surat khabar, anda digalakkan berbuat demikian tetapi tidak di masa itu.

Perlu Ikut Peraturan
Itu salah, ini salah. Semuanya tak betul caranya sedangkan aktiviti seks adalah sesuatu yang perlu dinikmati bersama. Terlalu banyak peraturan dan petua yang harus diikuti semata-mata merosakkan keintiman di kala itu. Tak perlu ikut orang lain dan jadilah diri sendiri. Selagi tidak melanggar hukum-hukum agama maka teruskanlah. Bukankah ijab dan kabul itu telah menghalalkan hubungan keduanya.

Bebelan Isteri
Perlu diketahui bahawa suami mengidamkan satu suasana yang aman dan tenang untuk melakukan hubungan asmara. Bukannya diselang-seli dengan suara anak-anak yang membingitkan telinga atau bebelan isteri yang tak tahu bila waktu berhentinya.

Tiada Lagi Kemanjaan
Mungkin ada sesetengahnya memberikan alasan bahawa tubuh badan yang tidak lagi ‘menyengat’ serta usia yang semakin lanjut membuatkan isteri-isteri ini semakin malas untuk bermesra. Jangan begitu, kerana suami masih lagi mencintai anda jika layanan, belaian, pujukan serta sifat-sifat manja dan prihatin yang dulu masih lagi dipraktikkan.
SUMBER:  MINGGUAN WANITA

No comments:

Post a Comment