Tuesday, 14 January 2014

Masyarakat sekarang makin tidak minat hubungan seksual

 Betulkah pasangan terutama suami isteri zaman sekarang kurang melakukan hubungan seksual. Mungkinkah disebabkan bekerja atau melayan media sosial di internet ?




Satu kajian terhadap lebih dari 15,000 warga barat mendapati mereka yang berusia 16-44 tahun berhubungan seksual kurang dari lima kali dalam sebulan.

Angka tersebut lebih kecil dibandingkan kajian pada dua tempoh masa sebelumnya, iaitu tahun 1990-1991 dan 1999-2001, yang mencatatkan frekuensi lebih dari enam kali dalam sebulan menurut kajian rasmi mengenai gaya hidup dan perilaku seksual.

Dr Cath Mercer dari University College London mengatakan, "Kebanyakan pasangan memikirkan tentang pekerjaan dan wang yang mereka menjadikan mereka tiada mood untuk melakukan  seks."

Tetapi, ada lagi satu sebab yang besar yang menjadikan pasangan tiada mood melakukan seks iaitu kecanggihan teknologi masa kini yang sentiasa berkembang dengan pesatnya seperti  tablet dan telefon pintar serta membawa benda ini ke kamar tidur untuk aktif di Twitter dan Facebook, serta menjawab e-mail. Apalagi kalau ada pasangan yang tergila-gilakan Candy Crash berbanding pasangannya !

Penyebab lain yang menyebabkan kurangnya mood berhubungan seks adalah dengan mudahnya untuk mendapatkan akses laman porno online sebagai pengganti seks.





No comments:

Post a Comment