Thursday, 31 March 2011

Apakah punca Tsunami di Jepun?

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan  bencana gempa bumi
yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda di Jepun.
 Sehinggakan merubah bentuk muka bumi Jepun khasnya.
Adakah ia satu bencana atau lumrah kejadian alam.....
Tentu ada sebabnya.


Mari kita sama-sama hayati Hadis Rasulullah yang diriwayatkan dari
Anas bin Malik Radhiallahu anha, bahawasanya beliau dan
seorang lagi masuk menemui ibunda 'Aisyah Radiallahuanha,
lalu orang itu berkata, 
" Wahai Ummul Mukminin ! Beritahulah kepada kami tentang gempa."
Ibunda 'Aisyah menjawab,
"Apabila mereka telah memperbolehkan penzinaan, meminum khamar,
memainkan alat muzik, maka Allah S.W.T marah
dilangit-Nya dan berfirman kepada bumi :
" Bergoncanglah atas mereka ! Jika mereka bertaubat dan
meninggalkan perbuatan tersebut (berhentilah),
Jika tidak maka hancurkanlah mereka !"
Orang tersebut berkata,
" Wahai Ummul Mukminin ! Apakah itu azab kepada mereka ?"
Beliau menjawab:
" Itu adalah peringatan dan rahmat bagi orang-orang beriman,
dan hukuman ,azab serta murka atas orang-orang kafir."

Adakah bencana gempa bumi yang baru-baru ini agak dahsyat kerana
ramainya wanita membuka aurat, berkembangnya penzinaan,
serta berlakunya seks bebas?

Mungkinkah di Jepun ramai gadis yang mendedahkan aurat, berbogel,
seks bebas, melacur dan sebagainya ?
Adakah ramai peminat Maria Ozawa  disana ????, 
Dimana Maria Ozawa ini pernah berlakon dalam sinetron Indonesia
tetapi ditentang oleh golongan ulama disana.
Adakah 'fenomena' ini menjadi puncanya ?

Gempa bumi memang logik di Jepun kalau mengikut faktor geografinya...
Tetapi jika sehebat ini dan sedahsyat ini, kita sebagai orang
Islam tidak boleh lari dan percaya bahawa  ia merupakan  'peringatan' dari 
Allah S.W.T terhadap umat-Nya di muka bumi.


Simpati terhadap rakyat Jepun. Semoga Tsunami ini tidak berulang lagi di Jepun.


4 comments:

  1. Minta maaf.Tajuk blog anda agak keterlaluan.Tiada kena mengena sek dengan tsunami tempoh hari.saya tidak bersetuju..

    ReplyDelete
  2. Yang aku faham....maksud tajuk ni tersirat. Mungkin sebab manusia lupa akan tuhan, jadi tuhan nak turunkan sikit 'peringatan'. Bukan sebab seks tapi mungkin sebab ramai yang melakukan maksiat jadi 'peringatan' tu diberi. Agaknya..tu pandangan dia.

    ReplyDelete
  3. Tu yang tersirat aje....jadi jangan lupa solat 5 waktu.

    ReplyDelete
  4. Simpati terhadap Jepun....Puncanya mungkin hanya Tuhan yang tahu. Mungkin banyak sebab lagi kot

    ReplyDelete