Tuesday, 29 March 2011

PENJUALAN BAYI

ISU PENJUALAN BAYI


Isu penjualan bayi dan perdagangan kanak-kanak kini semakin berleluasa setelah perkara ini didedahkan di dada akhbar tempatan. Terbaru isu ini telah didalangi oleh Hospital Swasta da Jalan Ipoh yang memperdagagangkan bayi dengan harga yang cukup lumayan iaitu antara RM 8,000 hingga Rm 21,000. Satu jumlah yang agak lumayan.
Pada 1 November 2010 ,Berita Harian telah mendedahkan kegiatan yang tidak bermoral ini. Dipercayai banyak kes pemerdagangan bayi ini didalangi oleh sindiket terancang seperti doktor,kakitangan hospital serta JPN dan mereka yang bergelar Datuk.

Polis Bukit Aman juga pernah melumpuhkan sindiket penjualan bayi di sebuah klinik di Selayang dan sebuah rumah di Subang Jaya serta menyelamatkan dua bayi berusia tiga dan empat hari pada Januari lalu.

Dalam satu kes di Sarawak , polis telah menyelamatkan seorang bayi perempuan 23 hari yang cuba dijual oleh seorang wanita warga Indonesia pada harga RM 10,000 kepada anggota polis yang menyamar sebagai pasangan suami isteri.Kejadian ini berlaku si Kuching,Sarawak pada 12 julai 2010.
Apa yang menarik, pasangan ahli perniagaan terkemuka yang bergelar Datuk dan Datin dipercayai menjadi dalangnya !

Semua yang ditahan ini akan disiassat mengikut Seksyen 14 Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti - Penyeludupan Mirgan 2007 pindaan 2010.

Jika perkara ini tidak dibendung maka ia akan berleluasa dinegara kita.Tidak mustahil sikit masa lagi ada remaja yang sanggup menjadi 'kilang' mengeluarkan bayi ini ! Apa tidaknya tunggu 9 bulan dapat RM 20,000.00 ! Cukup Lumayan tu !

Dan bagi yang inginkan anak sebagai anak angkat, dapatkan melalui salluran yang betul !




No comments:

Post a Comment